Drawbridge |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 24 Februari 2014 11:36 |
JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU (TERENGGANU DRAWBRIDGE) Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati . Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu. Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Jambatan disinari hiasan lampu berwarna-warni pada waktu malam. Ia dikenali sebagai Jambatan ikonik Terengganu yang mendapat perhatian ekoran reka bentuknya yang cantik dan unik.
![]() ![]()
|
DiKemaskini Pada Rabu, 15 July 2020 15:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1451 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 24 Januari 2023, 10:49
|
Jumlah Pelawat : | 1081339 | (Statistik Penuh) |
|