Pasar Payang |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 24 Februari 2014 11:47 |
PASAR PAYANG TERENGGANU Nama Pasar Payang diambil sempena 'perahu payang' yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri Terletak di tepi muara Sungai Terengganu, ianya merupakan pasar basah dan kering utama tumpuan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya. Pasar Payang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian, cenderamata, makanan, pelbagai produk segar dari laut, daging, ayam, sayuran, rempah ratus, buah - buahan dan lain-lain barangan keperluan dapur. Ruangan atas menawarkan barangan cenderahati seperti songket, batik, produk kraftangan, barangan tembaga, baju lelaki dan wanita, kuih muih tradisional serta lain - lain barangan keperluan harian. Terdapat juga medan selera yang menawarkan makanan sarapan pagi yang pelbagai. Salah satu daripada pasaran yang paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong ke Terengganu. Pertukangan Tangan, Brasswares, Batik, Songket, kraftangan, cenderamata adalah antara barangan yang dijual di pasaran.
|
DiKemaskini Pada Rabu, 15 July 2020 15:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1074 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 24 Januari 2023, 10:49
|
Jumlah Pelawat : | 1081342 | (Statistik Penuh) |
|