Pulau Warisan |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 24 Februari 2014 15:19 |
PULAU WARISAN Pulau Warisan adalah sebuah pulau buatan manusia yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu. Pulau yang di tambak dalam Sungai Terengganu berhampiran Kuala Terengganu. Chinatown ini kini menjadi salah satu tempat kunjungan utama pelancong ke Kuala Terengganu. Antara tarikan yang terdapat disini adalah River Cruise menyusuri Sungai Terengganu dari terusan di Pulau Warisan ke Masjid Kristal di Pulau Wan Man melalui juga Kuala Terengganu Waterfront. Keindahan lampu LED yang menyinari Pulau Warisan di waktu malam. Pulau ini juga dihiasi dengan aneka warna sinaran lampu LED yang menghiasi pelbagai jenis replika pokok tiruan, maka tidak hairanlah apabila ada segelintir penduduk tempatan yang memanggil pulau ini dengan nama jolokan i-city seperti apa yang terdapat di Shah Alam, Selangor. Ia juga menjadi tempat kunjungan utama warga bandaraya Kuala Terengganu berkumpul dan beriadah, pelbagai agensi kerajaan dan NGO-NGO akan mengadakan program mereka disini seperti Talkshows, Pameran dan pelbagai program lagi. Setiap tahun masyarakat Cina Terengganu turut mengadakan perayaan dan festival keagamaan mereka di Pulau Warisan seperti sambutan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung.
|
DiKemaskini Pada Khamis, 16 July 2020 08:24
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1658 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 24 Januari 2023, 10:49
|
Jumlah Pelawat : | 1081341 | (Statistik Penuh) |
|