Kampung Cina |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Khamis, 12 Jun 2014 10:26 |
Kampung Cina @ China Town, Kuala TerengganuKampung Cina atau pun lebih dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Chinatown, seperti namanya, ia merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15 lagi, di mana ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini. Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod juga menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He di antara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Pengembara China,‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.
Penempatan dan kedai tradisional di kawasan ini memang direka dan dibina mengikut tempat asal kaum cina seperti Tanah Besar China, dan bangunan ini memang ke hari ini dikekalkan kerana telah diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Program Watch Monumen bagi memastikan pengindahan dan pemeliharaan warisan ini pra-kolonial yang ketara. Malah kampung Cina hingga ke hari ini masih lagi sibuk dan maju dengan aktiviti perniagaan yang memang sebati dengan kaum ini, pelbagai barangan boleh didapati disini seperti kedai cenderamata, restoran, kedai runcit, elektronik di samping terletaknya tokong tertua di Terengganu iaitu Ho Ann kiong yang dibina sejak tahun 1800-an lagi(ditambahbaikan selepas itu beberapa kali). Beberapa pembaikan di kampung ini dilakukan seperti menghiasi lorong-lorong dengan mural, dan terdapat Lorong kenangan Payang atau Memory Lane yang memaparkan tokoh-tokoh bangsa cina yang berjaya memegang tampuk tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu. Jika datang ke terengganu jangan lupa singgah di sini kerana ia memang kawasan strategik dan terletak berhampiran dengan pasar Payang dan pulau Warisan.
|
DiKemaskini Pada Khamis, 02 July 2020 15:27
Jumlah Capaian Ke Laman ini :8341 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 24 Januari 2023, 10:49
|
Jumlah Pelawat : | 1081325 | (Statistik Penuh) |
|