Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu
"Pelanggan Keutamaan Kami"
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 1441H/2020M PDF Cetak E-mail
Oleh PDKT   
Khamis, 19 Desember 2019 14:04

19 Disember 2019 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu 1441H / 2020M telah diadakan pada 17 Disember 2019, Selasa yang lalu bertempat di Masjid Banggol Katong, Kuala Terengganu. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dan Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Wan Sukairi bin Wan Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Belia, sukan dan NGO Negeri Terengganu), dan diiringi oleh YBhg. Encik Zulkifli bin Ali (Pegawai Daerah Kuala Terengganu). Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Ketua- ketua Jabatan di Daerah Kuala Terengganu, Pegawai/Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu selaku urusetia serta Pengerusi MPKK dan Pengerusi Masjid Banggol Katong serta masyarakat setempat.

Setelah mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada peserta yang mengambil bahagian iaitu seramai 8 orang yang terdiri daripada 5 orang Qari dan 3 orang Qariah. Pihak juri telah memilih untuk kategori Qari iaitu Encik Muhammad Sodiq bin Mudrikah (Johan Qari), Encik Mohd Hanafi bin Abdullah (Naib Johan) dan Che Ku Mohd Fadhil bin Che Ku Salleh (Tempat ke-3). Manakala bagi kategori Qariah, pihak juri telah memilih Puan Rogayah binti Mohamad (Johan Qariah), Puan Nurhidayah binti ibrahim (Naib Johan) dan Puan Hajah Zainah binti Embong (Tempat ke-3). Sehubungan dengan itu, dua orang Qariah ( Johan dan Naib Johan) Peringkat Daerah Kuala Terengganu akan mewakili daerah ke peringkat negeri pada 14 hingga 16 Januari 2020 di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Besut.

DiKemaskini Pada Khamis, 19 Desember 2019 14:11
Jumlah Capaian Ke Laman ini :135 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6222966/6222193
FAX PTKT:+609-6220329
FAX PDKT:+609-6221062
E-Mail E-mail PDTKT :
ptkt@terengganu.gov.my
pdkt@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu



<
Bahagian Hasil
Bahagian Pendaftaran
Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA)
Laman Sosial Rasmi
Jadual Bertugas Penghulu Mukim




Hakcipta Terpelihara © 2019 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Google Chrome
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Selasa 07 July 2020, 15:45
Jumlah Pelawat :
971646
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday72
mod_vvisit_counterYesterday160
mod_vvisit_counterThis week712
mod_vvisit_counterLast week848
mod_vvisit_counterThis month1131
mod_vvisit_counterLast month3421
mod_vvisit_counterAll days971646

QR Kod PDTKT :
pdtkt