Masjid Tengku Tengah Zaharah |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDKT |
Isnin, 06 July 2020 11:43 |
MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Almarhumah Tengku Tengah Zaharah binti Almarhum Tengku Setia DiRaja Tengku Omar. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia . Masjid Terapung atau nama sebenarnya Masjid Tengku Tengah Zaharah, menonjolkan senibina Islam dan terletak di dalam lagun Sungai Ibai. Apabila air pasang, paras air yang meningkat menutupi tiang-tiang mewujudkan ilusi sebuah masjid terapung. Terdapat kedai-kedai cenderamata di sekitar yang menjadi tumpuan kepada pengunjung yang singgah di salah satu mercutanda popular di Kuala Terengganu ini.
|
DiKemaskini Pada Rabu, 15 July 2020 15:53
Jumlah Capaian Ke Laman ini :469 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 24 Januari 2023, 10:49
|
Jumlah Pelawat : | 1081339 | (Statistik Penuh) |
|