MAJLIS PERTUKARAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PDTKT |
|
|
|
Oleh PDKT
|
Khamis, 17 Desember 2020 00:00 |
17 Disember 2020 – Majlis meraikan pertukaran Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Dalam majlis ini telah meraikan 2 orang Pegawai dan seorang Penghulu serta seorang Pembantu Tadbir dari Pejabat Daerah manakala seorang Pembantu Awan Kanan dari Pejabat Tanah telah bertukar ke jabatan yang baru. Majlis ini telah dihadiri oleh Ybhg.Tuan Haji Ariffin bin Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Terengganu serta Pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Acara penyerahan tugas oleh mantan Ketua Penolong Pegawai Daerah, En. Nik Mohd Syahrom bin Nik Mohd Hashim kepada Puan Safura binti Mad Juhari, Ketua Penolong Pegawai Daerah yang baru juga turut diadakan.


|
DiKemaskini Pada Ahad, 20 Desember 2020 15:48
Jumlah Capaian Ke Laman ini :66 kali.
|