PROGRAM PELITA RAYA BEAUTIFUL TERENGGANU 2022 |
|
|
|
Oleh PDKT
|
Rabu, 27 April 2022 00:00 |
27 April- Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 telah diadakan pada 22 - 26 April 2022 yang bertempat di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang datang berkunjung untuk menyaksikan pelita-pelita yang dihiasi dengan kreatif dan unik. Dalam program ini juga terdapat pertandingan hiasan pelita yang paling kreatif diperkarangan kampung budaya yang disertai oleh semua pejabat daerah di negeri Terengganu. Dalam pertandingan tersebut Pejabat Daerah Kuala Terengganu telah mendapat tempat pertama daripada lapan daerah yang bertanding dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 5000. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


|