Majlis Amanat Tahun Baru 2023 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDKT |
Selasa, 17 Januari 2023 14:06 |
12 Januari 2023 - Majlis Amanat Tahun Baru 2023 dan Bacaan Ikrar Penjawat Awam serta Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan di Dewan Utama Tingkat 4 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Pada majlis ini semua Pegawai dan Kakitangan telah mendengar amanat daripada Ybhg. En. Azizi bin Zulkifli (Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu) sempena tahun baru 2023. Dalam majlis ini juga semua Pegawai dan Kakitangan membaca ikrar penjawat awam dan ikrar bebas rasuah yang di pimpin oleh En. Ahmad Fahmi bin Mohd Zahari (Penolong Pentadbir Tanah Penguatkuasaan dan Hasil). Pihak jabatan juga turut menjemput pegawai daripada SPRM Terengganu iaitu En. Mohd Hanafi bin Abd. Rahim (Ketua Unit Pendidikan Masyarakat) untuk memberi ceramah integriti kepada semua pegawai dan kakitangan. Di akhir majlis ini pihak kelab kebajikan sukan dan rekreasi (KKRW) turut sama menyumbang bantuan banjir kepada semua kakitangan yang terlibat banjir.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 17 Januari 2023 14:30
Jumlah Capaian Ke Laman ini :30 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 24 Januari 2023, 10:49
|
Jumlah Pelawat : | 1081334 | (Statistik Penuh) |
|