MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU TAHUN 1444H/2023M |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDKT |
Khamis, 16 Februari 2023 11:55 |
14 Februari 2023 - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di Masjid kampung Surau haji Daud pada 14 Februari 2023. Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kuala Terengganu ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Nor bin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu dan juga merangkap ADUN Bukit Payong). Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli (Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu), Ketua-ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Daerah Kuala Terengganu serta penduduk setempat yang hadir untuk mendengar bacaan ayat suci al-quran oleh Qari dan Qariah sebagaimana yang telah ditetapkan. Majlis Tilawah Al-Quran pada kali ini di sertai oleh 4 orang Qari dan 3 orang Qariah. Johan Qari pada kali ini telah menangi oleh Encik Abdul Hadi bin Che Halim manakala Johan Qariah pula telah menangi oleh Puan Norhidayah binti Ibrahim. Pihak Urusetia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu pada kali ini dan semoga ianya dapat di teruskan lagi pada masa akan datang.
|
DiKemaskini Pada Khamis, 16 Februari 2023 14:47
Jumlah Capaian Ke Laman ini :86 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Khamis 23 Februari 2023, 11:49
|
Jumlah Pelawat : | 1086026 | (Statistik Penuh) |
|