Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu
"Pelanggan Keutamaan Kami"
LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU

TAHUN

PENERANGAN

-

Daerah Kuala Terengganu mempunyai keluasan 60,528.10 hektar yang merangkumi 4.7% daripada keseluruhan keluasan negeri Terengganu iaitu seluas 1,295,512.1 hektar yang bersempadan dengan daerah Marang di Selatan, Setiu di Utara, Hulu Terengganu di Barat dan Laut China Selatan di Timur.

Pentadbiran Daerah dan Tanah Kuala Terengganu merangkumi 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 5 kawasan Parlimen. Ianya di pecah bahagi kepada 24 Mukim pentadbiran.

Mukim berkenaan adalah Bandar Kuala Terengganu, Pekan Cabang Tiga, Mukim

Cabang Tiga, Mukim Batu Buruk, Mukim Kuala Ibai, Mukim Cendering, Mukim Bukit

Besar, Mukim Atas Tol, Mukim Rengas, Mukim Pengadang Buluh, Mukim

Gelugor Raja, Mukim Gelugor Kedai, MukimTok Jamal,Manir, Mukim Pulau-Pulau,

Mukim Paloh, Mukim Pulau Redang, Mukim Losong , Mukim Serada, Mukim Kepong,

Mukim Kubang Parit, Mukim Belara, Mukim Batu Rakit, dan Mukim Kuala Nerus.

Jumlah Penduduk Daerah Kuala Terengganu seramai 347,571 (TAHUN 2012) orang dan bilangan kampung ( 292 JKKK )

1910

Sistem Pentadbiran mengikut daerah dimulakan dengan pengenalan ‘Sistem Pentadbiran Penjajah Inggeris di Negeri Terengganu.

1921

Pengwujudan Pesuruhanjaya Jajahan, Negeri Terengganu dipecahkan kepada tiga (3) kawasan:

Kawasan Barat : Meliputi Daerah Besut dan Setiu

Kawasan Tengah : Meliputi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan

Marang

Kawasan Timur : Meliputi Daerah Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek

dan Kemaman.

1947

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pertama diwujudkan dan terletak di tepi Padang Paya Bunga iaitu di tapak Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sekarang ini.

1955

3

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu telah berpindah ke bangunan baru di Padang Engku Sar .

1955

Di Daerah Kuala Terengganu, jawatan Pegawai Daerah Inggeris yang terakhir ialah Mr G. Fricher sebelum diganti dengan anak Melayu pertama yang menyandang jawatan Pegawai Daerah Kuala terengganu, iaitu Che Mohd Yusof bin Haji Ahmad pada 24.8.1955.

1968

Anak Terengganu pertama yang menyandang jawatan Pegawai Daerah ialah Dato’ Aria Negara Haji Bachik bin Abd Jalal pada 1.7.1968.

1984

Jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah telah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah yang kemudiannya dipinda menjadi Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara.

1998

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu mula beroperasi di Kompleks Seri Iman pada 1.8.1998.


 

 

 

 

 

 

 

 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6222966/6222193
FAX PTKT:+609-6220329
FAX PDKT:+609-6221062
E-Mail E-mail PDTKT :
ptkt@terengganu.gov.my
pdkt@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu


Hakcipta Terpelihara © 2011-2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Google Chrome
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Khamis 21 September 2017, 13:47
Jumlah Pelawat :
759374
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday24
mod_vvisit_counterYesterday183
mod_vvisit_counterThis week207
mod_vvisit_counterLast week1532
mod_vvisit_counterThis month4655
mod_vvisit_counterLast month6289
mod_vvisit_counterAll days759374

QR Kod PDTKT :
pdtkt