Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu
"Pelanggan Keutamaan Kami"
Fungsi Dan Dasar Kualiti

FUNGSI PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Peranan utama Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT) Secara dasarnya PDKT ditubuh dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang dipayungnya. Rakyat yang merupakan satu entiti pelanggan yang penting berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDKT melalui perancangan, pelaksanaan, pentadbiran dan pengalaman aktiviti-aktiviti yang telah digariskan, sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran.

 

ANTARA LAIN FUNGSI PDKT ADALAH:-

  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan peringkat daerah.
  • Merancang program pembangunan ekonomi, sosial dan spiritual
  • Menyelaras dan melaksana aktiviti keselamatan, perpaduan dan kerohanian
  • Memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran daerah

FUNGSI PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU

Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Terengganu adalah menerima dan memproses permohonan berkaitan tanah daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta. Seterusnya akan memaklumkan keputusan terhadap permohonan tersebut kepada pemohon. Pejabat Tanah Kuala Terengganu juga menjalankan fungsi pendaftaran hakmilik dan urusan tanah.

TUGAS-TUGAS :-
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Melahirkan satu sistem pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab yang berterusan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah mengikut prosedur dan peraturan.

Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal

Mengurus, memantau dan memastikan seksyen-seksyen dibawah Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi.

Bahagian Pelupusan Tanah

Menguruskan pelupusan tanah samada dalam kawasan mukim, pekan atau bandar melalui pemberimilikan tanah secara terancang atau tidak terancang berdasarkan peruntukan seksyen 76 dan seksyen 65 Kanun Tanah Negara, Perizaban di bawah seksyen 62 dan pemberimilikan di bawah Akta GSA 1960.

Bahagian Pendaftaran

Mengurus Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Bahagian Pembangunan Tanah

Mengurus prosedur memproses semua urusan pembangunan tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Teknologi Maklumat

Menguruskan kemudahan teknologi maklumat dari segi peralatan, perisian, sistem dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kakitangan dan juga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pengguna akhir (end-user) yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari segi penggunaan perisian dan komputer serta penyelenggaraan peralatan dan rangkaian.

Bahagian Hasil

Mengurus dan menyelaras pungutan hasil tanah secara cekap, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Perundangan

Mengurus dan menyelaras kaedah-kaedah perundangan tanah secara cekap dan berkesan.

DASAR KUALITI DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU

Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran tanah akan diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya. Selain itu, pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.

DiKemaskini Pada Selasa, 20 Oktober 2015 12:07
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3713 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6222966/6222193
FAX PTKT:+609-6220329
FAX PDKT:+609-6221062
E-Mail E-mail PDTKT :
ptkt@terengganu.gov.my
pdkt@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu


Hakcipta Terpelihara © 2011-2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Google Chrome
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Isnin 14 Agustus 2017, 14:32
Jumlah Pelawat :
746279
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday34
mod_vvisit_counterYesterday159
mod_vvisit_counterThis week631
mod_vvisit_counterLast week1632
mod_vvisit_counterThis month5024
mod_vvisit_counterLast month6980
mod_vvisit_counterAll days746279

QR Kod PDTKT :
pdtkt