Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Terengganu 2019 Cetak
Oleh PDKT   
Selasa, 18 Jun 2019 16:12

17 Jun 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 17 Jun 2019 , Isnin bertempat di Dataran Shah Bandar Terengganu yang melibatkan pelbagai agensi awam dan syarikat anak negeri Terengganu. Majlis berlangsung pada jam 10 pagi dan dihadiri ribuan pengunjung menikmati juadah hari raya. Turut hadir majlis sambutan hari raya tersebut ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faezah bt Tuan Abdul Rahman.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu bergandingan bersama Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah menyediakan hidangan ketupat, lemang dan rendang di gerai yang disediakan. Majlis sambutan hari raya disambut meriah dengan pelbagai hidangan dan juadah hari raya.

raya2019 raya2019 raya2019

raya2019 raya2019

raya2019 raya2019 raya2019

DiKemaskini Pada Selasa, 18 Jun 2019 16:38
Jumlah Capaian Ke Laman ini :62 kali.