Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Cetak
Oleh PDKT   
Selasa, 03 September 2019 10:17

31 Ogos 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Awam Batu Buruk. Seramai 123 pasukan perbarisan dari pelbagai agensi awam dan swasta menyertai acara tersebut. Turut berangkat ke sambutan tersebut adalah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan berkenan menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan perarakan serta perbarisan. Tahniah diucapkan kepada pasukan perbarisan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, jurulatih dan urusetia jabatan kerana berjaya merangkul tempat ke-3 dalam acara perbarisan.

DiKemaskini Pada Khamis, 05 September 2019 10:39
Jumlah Capaian Ke Laman ini :157 kali.