Temasya Sukan Terengganu 2019 Cetak
Oleh PDKT   
Rabu, 11 September 2019 10:06

11 September 2019 -  Temasya Sukan Terengganu (SUTERA 2019) telah melabuhkan tirai apabila Kontijen Kuala Terengganu telah dinobatkan Johan Keseluruhan daripada lapan daerah yang bertanding yang julung diadakan bermula pada 5-9 September 2019. Kontijen Kuala Terengganu telah berjaya merangkul 34 emas, 15 perak dan 18 gansa sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM70,000 beserta piala pusingan. Tahniah dan syabas kepada semua kontijen Kuala Terengganu.