Karnival Pantai Terengganu 2019 Cetak
Oleh PDKT   
Rabu, 18 September 2019 11:58

17 September 2019 - Karnival Pantai Terengganu 2019 telah berlangsung pada 12- 16 September 2019 bertempat di Pantai Batu Burok Terengganu. Program tahunan anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah disambut meriah oleh pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negeri yang turut datang ke negeri Terengganu. Pejabat Daerah Kuala Terengganu tidak ketinggalan menyajikan pelbagai hiasan dan demonstrasi dari segi kuih tradisi , membuat tenunan songket dan jualan songket dan demonstrasi permainan tradisional seperti bermain congkak, bola dalam guni, bola hoki pelepah nibong dan lain-lain lagi. Acara mengacau bubur asyura juga tidak ketinggalan pada hari terakhir program Karnival Pantai.

Program tersebut bertemakan 'Tradisi Diwarisi' menyajikan pelbagai pengisian antaranya bangsal-bangsal tradisi, Malam Kesenian Islam, Pertandingan Keris dan Senjata Lama, Bicara Santai Artis Hijrah, Demonstrasi Makanan Tradisional Daerah, Sukaneka Rakyat di samping pameran jabatan dan agensi jabatan kerajaan serta jualan usahawan tempatan.

DiKemaskini Pada Ahad, 17 November 2019 14:29
Jumlah Capaian Ke Laman ini :187 kali.