PROGRAM PELITA RAYA BEAUTIFUL TERENGGANU 2021 Cetak
Oleh PDKT   
Isnin, 10 Mei 2021 15:14

9 Mei 2021 – Jambatan Angkat Terengganu merupakan mercu tanda baharu di negeri Terengganu yang sinonim dengan bandaraya warisan pesisir air. Dalam Pesta Pelita Beautiful Terengganu 2021 yang julung kali diadakan di Kampung Budaya, Terengganu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu memilih jambatan angkat ini sebagai replika utama yang dihiasai dengan pelita.

Dengan pemilihan “Drawbridge” sebagai asas di struktur arca utama dalam program ini, ia mampu menarik ramai pengunjung yang hadir bagi melihat sendiri suasana pesta cahaya pelita yang menerangi seluruh Kampung Budaya. Dianggarkan hampir 800 sumbu pelita digunakan oleh PDTKT untuk menerangi Rumah Tele di yang merupakan titik tumpuan pengunjung sepanjang program berlangsung. Pelbagai jenis pelita tradisional dan klasik telah diketengahkan bagi mengimbau kehidupan orang zaman dahulu serta menghidupkan kembali amalan memasang pelita di bulan perayaan.