Lawatan Tapak Kebakaran Kampung Cina Cetak
Oleh PDKT   
Selasa, 20 September 2022 15:11

20 September 2022 - Susulan kejadian kebakaran di Kampung Cina pada malam Ahad lepas, YAB Menteri Besar Terengganu telah melawat ke tapak kebakaran tersebut pada pagi tadi. Kehadiran YAB MB diiringi Tuan Pegawai Daerah , YB ADUN Bandar, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi yang berkaitan.

Sumbangan dan bantuan telah dihulurkan kepada mangsa-mangsa kebakaran oleh pelbagai pihak. Kite doakan semoga urusan mereka yang terlibat dipermudahkan. Takziah diucapkan kepada semua mangsa kebakaran.

Ucapan DO Pertukaran Pertukaran

Pertukaran Pencen Pencen

DiKemaskini Pada Rabu, 21 September 2022 08:58
Jumlah Capaian Ke Laman ini :123 kali.