Kampung Cina Cetak
Oleh Administrator   
Khamis, 12 Jun 2014 10:26

Kampung Cina @ China Town, Kuala Terengganu

Kampung Cina atau pun lebih dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Chinatown, seperti namanya, ia merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15 lagi, di mana ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini. Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod juga menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He di antara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Pengembara China,‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.


Penempatan dan kedai tradisional di kawasan ini memang direka dan dibina mengikut tempat asal kaum cina seperti Tanah Besar China, dan bangunan ini memang ke hari ini dikekalkan kerana telah diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Program Watch Monumen bagi memastikan pengindahan dan pemeliharaan warisan ini pra-kolonial yang ketara. Kerana itulah kita akan mendapati kawasan kampung Cina ini masih lagi perkampungan tradisional walupun hakikatnya ia terletak di tengah bandar dan dikelilingi bangunan-bangunan yang baru. Malah kampung Cina hingga ke hari ini masih lagi sibuk dan maju dengan aktiviti perniagaan yang memang sebati dengan kaum ini, pelbagai barangan boleh didapati disini seperti kedai cenderamata, restoran, kedai runcit, elektronik di samping terletaknya tokong tertua di Terengganu iaitu Ho Ann kiong yang dibina sejak tahun 1800-an lagi(ditambahbaikan selepas itu beberapa kali). Kaum Cina di sini juga telah hidup harmoni dengan majoriti orang Melayu di negeri ini. Malah setengah budaya dan warisan tempatan mereka amalkan termasuklah fasih berbahasa melayu dengan loghat Terengganu dan mengamalkan makanan tradisional kaum melayu. Beberapa pembaikan di kampung ini dilakukan seperti menghiasi lorong-lorong dengan mural, dan terdapat Lorong kenangan Payang atau Memory Lane yang memaparkan tokoh-tokoh bangsa cina yang berjaya memegang tampuk tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu. Di lorong ini juga terdapat Lorong Penyu, dimana sepanjang lorong tersebut pelbagai maklumat dan nasihat penjagaan penyu ditampalkan bagi memelihara kepupusan haiwan ini. Selain itu terdapat Lorong Mesra Alamyang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau manakala Lorong Warisan Dunia dipaparkan maklumat-maklumat menarik mengenai pelbagai tempat menarik diseluruh dunia seperti Taj Mahal, Machu Picchu dan sebagainya. Di Lorong Tau Kay Wee Sin Hee mengandungi pelbagai signboard, pondok telifon lama dan lesung batu.

Jika datang ke terengganu jangan lupa singgah di sini kerana ia memang kawasan strategik dan terletak berhampiran dengan pasar Payang dan pulau Warisan.

Antara bangunan pada waktu malam yang disinari Tanglung

Keunikan senireka bangunan di Kampung Cina
Lorong Kenangan Payang atau Memory Lane
Pintu gerbang kampung cina pada waktu malam
DiKemaskini Pada Isnin, 16 Jun 2014 14:32
Jumlah Capaian Ke Laman ini :6589 kali.