Taman Tamadun Islam (TTI) Cetak
Oleh PDKT   
Isnin, 06 July 2020 12:02

TAMAN TAMADUN ISLAM

Taman Tamadun Islam (TTI) merupakan taman tema hiburan pendidikan yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina yang berkonsepkan Islam yang pertama di dunia. TTI terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Ianya dibina pada Mac 2005 yang mempunyai 22 buah replika monumen dan masjid terkenal dari seluruh dunia dan juga replika kincir air tradisional. Terdapat kedai cenderahati, restoran dan dewan konvensyen untuk kemudahan pengunjung. Ia juga menyediakan makan malam di atas bot Cruise, menyusuri pulau-pulau dan sungai Terengganu.


 

DiKemaskini Pada Rabu, 15 July 2020 15:39
Jumlah Capaian Ke Laman ini :495 kali.