Masjid Kristal |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDKT |
Isnin, 06 July 2020 11:52 |
MASJID KRISTAL Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik. Tarikan utama Masjid Kristal Kuala Terengganu ialah rekabentuk dan senibinanya yang unik. Ia dibina diatas pelantar besar di muara Sungai Terengganu dan kelihatan seolah-olah masjid terapung apabila air pasang. Pancaran lampu berwarna-warni menambahkan keindahan masjid ini pada waktu malam. Kiosk yang menjual barangan cenderahati dan gerai minuman juga terletak ditebing Sungai Terengganu, berhampiran Masjid Kristal.
|
DiKemaskini Pada Rabu, 15 July 2020 15:38
Jumlah Capaian Ke Laman ini :724 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Rabu 13 September 2023, 14:32
|
Jumlah Pelawat : | 1105855 | (Statistik Penuh) |
|