Oleh Administrator
|
Ahad, 28 November 2010 14:56 |
Bahagian Pendaftaran
- Menerima suratcara urusniaga/bukan urusniaga
- Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan
- Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen hakmilik daftar komputer
- Mendaftar hakmilik tanah
- Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga
- Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal
- Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga
Bahagian Pelupusan Tanah
- Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/swasta, Jabatan Kerajaan yang kurang dari 10 ekar
- Permohonan tanah besar-besaran berkelompok
- Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
- Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong (SL/PL)
- Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan
- Permohonan rayuan pengurangan premium
- Permohonan pecah bahagian bagunan dan pendaftaran hakmilik strata
Bahagian Pembangunan Tanah
- Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah
- Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah
- Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah
- Permohonan penyatuan tanah
- Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri
- Pemberian milik tanah di bawah akta tanah
- Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik
Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal
- Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai
- Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara
- Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit
- Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan
- Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan
- Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
- Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan.
- Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat.
- Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan.
- Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan.
- Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
- Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah
- Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib
- Mengurus segala cuti, menyedia dan memproses dokumen persaraan
- Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tentang dasar dan peraturan kerja semasa
- Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan
- Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal dan inventori merangkumi aspek penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
- Menyelaras penilaian prestasi tahunan dan panel pengurusan sumber manusia (PPSM)
|
DiKemaskini Pada Jumaat, 01 November 2019 19:44
Jumlah Capaian Ke Laman ini :38657 kali.
|