Fungsi Dan Dasar Kualiti |
FUNGSI PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU Peranan utama Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT) Secara dasarnya PDKT ditubuh dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang dipayungnya. Rakyat yang merupakan satu entiti pelanggan yang penting berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDKT melalui perancangan, pelaksanaan, pentadbiran dan pengalaman aktiviti-aktiviti yang telah digariskan, sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran.
ANTARA LAIN FUNGSI PDKT ADALAH:-
FUNGSI PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Terengganu adalah menerima dan memproses permohonan berkaitan tanah daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta. Seterusnya akan memaklumkan keputusan terhadap permohonan tersebut kepada pemohon. Pejabat Tanah Kuala Terengganu juga menjalankan fungsi pendaftaran hakmilik dan urusan tanah. TUGAS-TUGAS :- Melahirkan satu sistem pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab yang berterusan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah mengikut prosedur dan peraturan. Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal Mengurus, memantau dan memastikan seksyen-seksyen dibawah Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi. Bahagian Pelupusan Tanah Menguruskan pelupusan tanah samada dalam kawasan mukim, pekan atau bandar melalui pemberimilikan tanah secara terancang atau tidak terancang berdasarkan peruntukan seksyen 76 dan seksyen 65 Kanun Tanah Negara, Perizaban di bawah seksyen 62 dan pemberimilikan di bawah Akta GSA 1960. Bahagian Pendaftaran Mengurus Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Bahagian Pembangunan Tanah Mengurus prosedur memproses semua urusan pembangunan tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Bahagian Teknologi Maklumat Menguruskan kemudahan teknologi maklumat dari segi peralatan, perisian, sistem dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kakitangan dan juga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pengguna akhir (end-user) yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari segi penggunaan perisian dan komputer serta penyelenggaraan peralatan dan rangkaian. Bahagian Hasil Mengurus dan menyelaras pungutan hasil tanah secara cekap, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bahagian Perundangan Mengurus dan menyelaras kaedah-kaedah perundangan tanah secara cekap dan berkesan. DASAR KUALITI DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran daerah dan tanah akan diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya. Selain itu, pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.
PIAGAM PELANGGAN PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2022 |
DiKemaskini Pada Rabu, 06 September 2023 11:20
Jumlah Capaian Ke Laman ini :6503 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Rabu 13 September 2023, 14:32
|
Jumlah Pelawat : | 1105845 | (Statistik Penuh) |
|